top of page

Industri nasyid telah bertapak sekian lama di Malaysia. Walau bagaimanapun irama nasyid mula diminati ramai sejak kemunculan kumpulan Al-Jawahir, El Suraya dan Al-Mizan pada 1970-an. Selepas itu, irama nasyid di tanah air kita mula dihiasi dengan kehadiran kumpulan nasyid 'indie' atau 'underground' seperti kumpulan nasyid jemaah Al-Arqam iaitu Nada Murni (kumpulan asal Rabbani dan Hijjaz) dan The Zikr (Raihan) dalam era 80-an.

Akhirnya, kegemilangan industri nasyid bermula dengan kemunculan kumpulan Raihan yang berjaya menggegarkan negara dengan jumlah jualan album sulungnya, Puji-pujian yang mencecah lebih 600,000 unit pada tahun 1996 dan sejak itu irama nasyid mula diminati ramai. Kumpulan raihan juga menjadi pelopor kepada kumpulan nasyid yang lain kerana telah berjaya membawa nasyid  Malaysia ke peringkat antarabangsa. Kumpulan Raihan sangat terkenal di luar negara terutamanya di Australia.

HIBURAN

read more

Semakin banyak karya-karya novel di adaptasi kepada drama ataupun filem. Tidak ketinggalan, Novel Teduhan Kasih. Novel ini  telah diolah menjadi sebuah drama bersiri. Drama ini sedang menghiasi Slot Akasia, pada pukul 6 petang setiap hari Isnin sehingga Khamis.

bottom of page