top of page

WeChat Cara Baru Untuk Berkomunikasi

Dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang dengan pesatnya begitulah juga dengan alat berkomunikasi (handphone). Pada zaman ini, semakin ramai yang menggunakan alat komunikasi yang canggih dan berkualiti tinggi dan ianya juga bukan sekadar untuk tujuan berkomunikasi malah lebih dari itu. Bagi kebanyakkan mereka yang menggunakan SmartPhone sama ada dengan OS BlackBerry, Android, IOS (Iphone dan Ipad), Windows atau Symbian, aplikasi chat adalah salah satu aplikasi yang wajib ada kerana smartphone harus memudahkan pengguna untuk berkomunikasi. Di antaranya dari komunikasi mahal dan lambat ke komunikasi yang murah dan cepat, salah satunya dengan menggunakan aplikasi chatting.

 

         Melalui teknologi yang berkembang pesat wechat adalah salahsatu aplikasi chat yang harus dititikberatkan. Apakah itu wechat yang sebenarnya?

        Wechat adalah pesanan teks mesej melalui mobile phone dan perkhidmatan komunikasi perbualan suara yang diperkenalkan oleh Tencent di China. Para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini melalui Android, Iphone, BlackBerry, Windows Phone, dan Symbian. Bahasa yang disediakan termasuklah tradisional china, Inggeris, Indonesia, sepanish, Portugis, Thai, Vietnam, dan Rusia. Wechat ini juga disokong dengan wifi, 2G, 3G, dan 4G data rangkaian.

 

      Tambahan pula, ia juga menyediakan multimedia komunikasi dengan teks mesej, perkongsian gambar atau video, perkongsian tempat, dan pertukaran perhubungan maklumat. Ia juga menyokong rangkaian sosial seperti Shake, look around, dan drift bottle. Ini semua supaya kita boleh berkomunikasi dan berhubung dengan pengguna wechat di antarabangsa.

Terdapat banyak sekali ciri-ciri menarik di aplikasi wechat antaranya:-

1) Live chat ( perbualan langsung)

            Melalui ini anda dapat berbual dengan rakan dalam sesi perbualan langsung.

2) kod QR perbualan kumpulan

            Anda boleh menjemput rakan anda ke perbualan kumpulan wechat melalui kod QR.

3) Moment ( ketika)

          Melalui ini anda boleh berkongsi tentang apa sahaja yang berlaku dalam hidup anda sama ada dengan meletakkan gambar dan pengguna yang lain boleh menekan butang “like” atau komen tentang apa yang anda kongsikan.

4) Hold to talk ( tahan untuk bercakap)

Ciri Hold to talk adalah ciri-ciri yang sangat menarik di aplikasi wechat. Hold to talk sendiri adalah voice chatting, namun menggunakan jenis ini seperti menggunakan Handy Talky, saat chat dengan teman anda, tekan dan tahan “hold to talk” sambil anda menyampaikan pesan suara yang akan dikirimkan, setelah merasa cukup , lepaskan dan pesan suara akan dikirimkan dan diterima teman anda.

5) Shake ( goncang)

Buka tab social wechat anda, pilih shake, lalu goncangkan smartphone anda. Lihat apa yang terjadi, wechat akan mencari pengguna wechat lain yang menggunakan hal sama, pengguna wechat tersebut akan muncul di layar anda, dan mereka tidak dibatasi oleh lokasi. Maksudnya akan muncul juga pengguna wechat dari negara lain.

 

6) Look around (lihat sekeliling)

Jenis ini memungkin anda untuk mencari pengguna wechat lainya yang berada dalam radius tertentu di lokasi anda berada. Perkhidmatan ini memanfaatkan lokasi signal ponsel berada di lokasi tertentu. Hasil pencarian Look Around menampilkan daftar pengguna wechat lain yang lokasinya berdekatan dengan anda, dilengkapi dengan perkiraan jarak antara anda dengan mereka.

7) Add contact (tambah kenalan)

- Add by Id

       Menambah kenalan wechat menggunakan wechat ID atau Nomer ponsel.

- Scan QR Code

       Wechat ID akan dilengkapi QR code.

- Mobile contacts

Anda juga boleh menambahkan teman wechat menggunakan phone contacts yang ada di    Addressbook ponsel anda.

- Facebook Friends

Tambahkan kenalan wechat anda melalui akaun facebook, pastikan akaun wechat anda sudah terhubung dengan akaun facebook.=

8) wechat ID

Setiap akaun wechat memiliki Id sendiri, secara default wechat ID anda terdiri dari sekitar 19 ciri kombinasi huruf, angka dan simbol. Wechat ID hanya boleh diubah sekali sesuai dengan keinginan anda, gunakan ketika anda logout untuk login kembali dan ID ini juga salah satu cara  agar teman anda add contact di wechat mereka.

Secara keseluruhannya aplikasi wechat ini sangat menarik, banyak ciri-ciri yang bagus dan lebih unggul dari aplikasi chat lainya, untuk boleh menginstall wechat, pastikan ruang penyimpanan di smartphone anda menyediakan ruang sebesar 14,43 MB.

bottom of page