top of page

Zikir Amalan MUdah Dapat Pahala

OLEH: SITI NOORAIN CHE HASSAN

Tidak dinafikan bahawa sesetengah manusia alpa dengan kemewahan dan kesenangan hidup. Justeru itu, mereka lalai daripada mengingati Allah. Kesibukan bekerja adalah alasan bagi mereka untuk melakukan ibadat kepada Allah SWt. Walhal demikian, Allah memberikan orang mukmin pelbagai jalan untuk melakukan ibadat kepada Allah dengan cara yang mudah dan seterusnya merebut pahala dan ganjaran daripada Allah SWT.

Antara ibadat yang senang diamalkan ialah amalan berzikir kepada Allah SWT. Zikir adalah suatu kegiatan atau ucapan yang bertujuan agar selalu mengingati  seseorang hamba kepada sang Maha pencipta iaitu Allah SWT. Dari segi bahasa ialah zikir bermaksud ingat. Berzikir untuk mengingat Allah SWT ialah dengan menyebut nama-nama Allah SWT (Asmaul Husna)  atau dengan melafazkan perkataan yang baik.

Allah berfirman: ‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.’

(Az-Zariyat: 56).

            Sesungguhnya, manusia dijadikan dimuka bumi adalah untuk melakukan ibadat kepada Allah. Dengan cara inilah ,manusia sebagai hamba dapat merendah diri,patuh dan taat dengan segala larangan dan suruhanNya.

Zikir dapat membantu menenangkan hati mereka daripada kerisauan, dan kesedihan .Seterusnya, dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Arra’du :28)

Zikir adalah satu ibadat yang dituntut olah Allah SWT sendiri. Perintah supaya sentiasa mengingat Allah itu adalah berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Firman Allah Ta'ala: "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang banyak sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petan." (al-Ahzab: 41-42)

Sebagai hamba, kita hendaklah sentiasa berzikir dan banyak berdoa kepada Allah. Apabila kita membaca ziki-zikir yang menjadi amalan Rasulullah SAW, bermakna kita akan terhindar daripada gangguan syaitan.

Mengikut al-Syahid Iman Hasan al-Banna dengan membaca al-Ma'thurat kita boleh terhindar daripada gangguan syaitan. antara gangguan syaitan adalah sihir, dirasuk syaitan dan seumpamanya. Gangguan syaitan sering berlaku disekitar kita kerana sesetengah masyarakat mudah alfa dan lalai daripada mengingati Allah.  Oleh itu, kita perlu bersiap sedia dan sentiasa mengamalkan zikir-zikir dan berdoa pada setipa masa bagi menghindari diri daripada didampingi oleh makhluk halus.

Tujuan berzikir ialah untuk mengingati kebesaran Allah SWT. Apabila seseorang itu mengingatkan kebesaran-Nya, maka kita akan mengetahui kedudukan diri kita yang sebenar. Selain itu, berzikir juga dapat memuhasabahkan diri dengan mengingati dosa-dosa lalu. Dengan berzikir juga boleh menguatkan i'tiqad kita terhadap segala perintah-Nya.

Amalan zikir boleh dilakukan di tempat yang suci dan bersih yang terhindar dari kotor dan najis. Kita dilarang berzikir ditempat yang kotor seperti didalam tandas dan seumpamanya. Dalam berzikir kita seharusnya  melafazkan zikir dengan hati yang tulus dan ikhlas, tenang, suara yang  lembut, dan khusyuk.

Salah satu fungsi zikir ialah untuk menenangkan jiwa daripada kegelisahan hidup. Disamping itu,dengan berzikir juga mereka akan  mendapat perlindungan dari Allah SWT,   meningkatkan keimanan dan mendapatkan kebahagiaan  daripada Allah kelak.

Kesimpulannya, zikir adalah sebaik–baik amalan yang mendekatkan diri hamba kepada pencipta-Nya, bahkan ia merupakan kunci kepada semua kebaikan yang diimpikan oleh setiap hamba di dunia dan akhirat.

bottom of page