top of page

Jaga Kebersihan Elak Denggi

OLEH: SITI NURFAUZIANNA BAKRI

Pasti ramai di antara kita mengetahui tentang penyakit denggi yang pernah menjadi isu hangat pada satu ketika dahulu. Demam denggi dikenal pasti sebagai penyakit yang mampu membunuh mangsanya. Banyak kes demam denggi yang dapat dicatatkan untuk setiap tahun,malah kes ini juga semakin meningkat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai statistik kematian disebabkan oleh denggi di Malaysia, sila klik link tersebut:

 http://www.moh.gov.my/pr_categories/1/press_releases

Tahukah anda bahawa penularan wabak denggi yang begitu mudah menyerang manusia sebenarnya berpunca daripada diri manusia itu sendiri?  Maka, manusia jugalah yang perlu menghasilkan penawarnya.

Masyarakat sekeliling hendaklah peka akan kewujudan penyakit virus yang dikenali sebagai Demam Denggi  iatu sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Nyamuk ini dikenali dengan belang hitam putih di kaki dan kepalanya. Penyakit bermula dengan gigitan yang selalunya aktif sekitar jam 5 hingga 7 pagi dan senja dari jam 5 hingga 7 malam.

 Penyakit  ini adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Pebagai tanda akan muncul kepada pesakit dimana virus tersebut akan terpendam di dalam badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya tanda-tanda sedemikian.


Simptom yang dialami mangsa penyakit ini seperti demam kuat secara mengejut, ruam merah pada kulit, sengal-sengal otot, sendi biji mata dan kepala serta pendarahan pada hidung, badan, dan mulut.

Dalam kes serius, individu yang digigit nyamuk aedes akan rasa sakit kepala yang kuat, hilang selera makan, muntah, dan sakit perut.

Hingga kini masih belum ada vaksin khusus yang dapat memberi perlindungan untuk tempoh jangka panjang bagi mengelak penyakit itu selain daripada beberapa jenis ubat-ubatan untuk memulihkan mangsa.

Demam denggi berpunca daripada faktor persekitaran yang tidak bersih dan terurus sehinggakan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang berkaitan dengan penjagaan kebersihan di persekitaran kita.

Menjaga kebersihan adalah tuntutan iman berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Disebabkan denggi berpunca daripada persekitaran tidak bersih, maka semua pihak terdedah kepada risiko penyakit itu melainkan mereka mengambil semua tindakan perlu bagi mengelak peluang untuk nyamuk aedes membiak.

Kebersihan dalam Islam tidak terhad kepada menjaga kesucian pakaian dan makanan kerana skop kebersihan yang menjadi sebahagian iman itu luas. Justeru, menjadi tanggungjawab umat Islam menjaga kebersihan baik yang fizikal, mahupun rohani.

Wabak denggi boleh dilihat sebagai natijah daripada perbuatan manusia yang sambil lewa dalam aspek kebersihan yang menjadi tanggungjawab yang sepatutnya dipikul semua pihak.

Tugas utama manusia apabila ditimpa penyakit-penyakit tertentu oleh Allah, hendaklah berusaha dengan bersungguh dan mencari ikhtiar untuk merawatnya sama ada dengan perjumpaan doctor atau menagmbil langkah pencegahan.

Ikuti arahan pihak berkuasa supaya menutup bekas menyimpan air dan salin setiap dua menggu sekali, bersihkan saluran hujan, pastikan tempat pembiakan selalu dipanntau seprti tayar buruk, kaca, tin yang dibuang, dan menanam bekas yang boleh menakung air serta memasukan racun pemusnah serangga mengikut sukatan setiap tiga bulan sekali.

Justeru, masyarakat perlu mengubah sikap daripada mengambil mudah mengenai aspek kebersihan kepada sikap lebih prihatin kerana kelalaian hanya mendatangkan lebih banyak keburukan serta kemudaratan. Setiap penyakit ada ubatnya. Bagaimanapun, lebih baik kita mengelak penyakit datang daripada mengubatnya selepas menderita sakit. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

 

 

bottom of page