top of page

Ihtifal Nasyid Muslimah Menghiburkan

Nilai- Buat kali kedua, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan Ihtifal Nasyid Muslimah yang cukup menghiburka dibawah anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan Sekreteriat Perhubungan Pelajar (SPP) yang  bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPQS).

       Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar FPQS tahun satu sehingga tahun tiga, seramai sepuluh kumpulan sahaja yang bertanding dalam Ihtifal Nasyid ini.

       Menurut Pengarah Program Siti Nur Mariam, pelajar tahun 3, Fakulti Pengajian Quran Sunnah  (FPQS) berkata, beliau berasa sangat bersyukur kerana akhirnya program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar yang terlibat.

 

“Saya berasa sangat berpuas hati dengan sambutan yang menggalakkan pada malam ini. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan bakat pelajar-pelajar FPQS terutamanya dalam bidang nyanyian nasyid. Kalau sebelum ini kami sudah pun selesai dengan pertandingan nasyid bagi pelajar lelaki kini tibalah masa untuk  pelajar perempuan,” katanya.

Menurut Nurul Izwani Abd Ghanee, ​pelajar Tahun 2, Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) merangkap ahli Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP) berkata, dia berasa gembira kerana dapat hadir pada malam tersebut dan rasa terhibur dengan persembahan para peserta nasyid. Walau bagaimanapun, dia kurang berpuas hati dengan persembahan pada malam tersebut kerana para peserta kurang membuat persediaan disamping pengurusan teknikal yang tidak telus .

Tambahnya lagi, para peserta haruslah belajar dari kekurangan pada majlis tersebut. Contohnya menggunakan pelbagai jenis peralatan muzik bagi mengiringi setiap kumpulan nasyid kerana ianya akan nampak lebih meria

Menurut Syulhanif Kadri yang juga dari fakulti yang sama , berkata, dia menyertai nasyid tersebut kerana galakkan daripada kawan-kawan dan di samping itu dia  ingin menghiburkan orang ramai

Dia juga berkata, program seperti itu jarang diadakan sebelum ini dan dengan adanya  program tersebut ianya dapat menyatukan dan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar-pelajar daripada FPQS. Disamping itu, dia berharap agar pada masa akan datang program sedemikian turut  melibatkan semua fakulti di sini.

 

bottom of page